Categories
Info Komik Hk

Pilihan Berbeza Ending PENDEKAR LAUT 2

Gambar oleh Schibukai Hafizal

Kita sedia maklum, dipengakhiran siri PL2 berlaku krisis dan dilemma 3 serangkai ini pada Pendekar Laut.

3 krisis tersebut adalah…

  1. Zonan cedera parah hanya menunggu maut jika tak dirawat.
  2. Xinan yang bakal mencabar.
  3. Blue Dream yang menunggu masa menangguk diair keruh bila kedua-dua Pendekar Laut dan Xinan yang kalah jadi abu menang jadi arang. (kita boleh bayangkan ini berlaku pada pertarungan Paichow vs Sagia.dimana ini berlaku dan Wunan menangguk air keruh).

Namun begitu adakah susunan beliau (Pendekar Laut) menyelesaikan 3 krisis tersebut adalah tepat..oleh itu mari kita sedikit bedah siasat apa akan terjadi jika PL memilih cara 2 atau 3.

Pilihan Ending 1 (Pilihan Wan Yat Leung)

1.Merawat Zonan.
2.Tewaskan Blue Dream.
3.Tenaga Merosot – Tewas Kepada Xinan.

result :

Xinan jadi Maharaja.

Zonan masih hidup walaupun hilang separuh kuasa.

Pilihan Ending 2

1.Tidak rawat Zonan.
2.Tewaskan Blue Dream.
3.Tenaga masih kuat – Tewaskan Xinan.

Result :

Zonan segera mati akibat kuasa Xinan meledak.

Xinan juga terbunuh.pupus zuriat (Gen 3 xkan wujud).

Pilihan Ending 3

1.Rawat Zonan.
2.Tewaskan Xinan.
3.Tenaga Merosot – Tewas kepada Blue Dream.

Result : Blue Dream kembali menguasai dunia.

Jadi ternyata pilihan Pendekar Laut tepat. Kerena untuk mengelakkan Blue Dream berkuasa pada akhirnya. Lagi baik mati ditangan anaknya. Malah anaknya pasti perintah dunia. Mungkin juga Pendekar Laut mahu berlaku ADIL buat kali pertama dan terakhir pada anak keduanya. Mungkin juga dia YAKIN ramalan Hitomi bahawa Orga, Zonan boleh merubah Xinan biarpun setelah kematiannya. satu lagi point klu diikutkan tenaga dia sudah sedikit merosot lebih awal setelah merawat Orga dibulan.

namun begitu itulah susunan genius Wyl akan ‘in future’ storylines PL3. Segalanya telah tersirat dibalik kata Hitomi.

Ulasasan Fakta Komik Manhua dari Schibukai Hafizal