Categories
Info Komik Hk

Mengimbau Kenangan Zaman Sekolah Bersama Komik Hk

Komik Manhua atau lebih dikenali dengan komik hk merupakan karya yang sangat popular dimasa dahulu. Komik² inj berasal dari hongkong yang diterjemahkan ke bahasa melayu yang cukup meletup di malaysia dan indonesia.

Siapa masih ingat? Zaman sekolah dulu simpan duit semata-mata nak dapatkan buku komik tersebut? setiap minggu mesti habiskan RM10 hingga ke RM20 untuk dapatkan beberapa tajuk komik, kemudian buat sewa baca dibilik asrama.. Hehe. Sekali baca 30 sen, owner tunggu depan pintu bilik kot-kot ada yang ngelat tumpang baca.

Masa tu kalau x silap, Harga komik RM3 zaman admin dulu. Tapi ada yang lebih otai lebih senior sempat merasa harga komik hk RM1.50 hingga RM1.80.

Kenangan pedih 2 kotak koleksi komik kena bakar dengan Mak Ayah.. huhu.

Oh ya. Antara komik yang sangat popular dulu ialah, Pendekar Laut, Alam Perwira, Raja Rimba, Pedang Setiawan, Senjata Misteri dan lain-lain. Kamik² ini juga telah tembus pasaran hingga ke US.

Ada diantara komik yang popular ini telah difilemkan, yang cukup popular ialah Karya dari pedang setiawan yang dinamakan semula sebagai Storm Rider dan Storm Warrior. Sayang sekali siri Paling hot dan popular pendekar laut tidak difilemkan. kalau on, sure kalah filem-filem aksi Hollywood.

Dulu agak susah nak dapatkan koleksi komik-komik ini. Sekarang tidak lagi kerana ada otai-otai komik hk yang tolong scan dijadikan softcopy dan dijual dengan harga murah-murah untuk tatapan peminat mengimbau kembali kenangan lama…

Ada yang bagi free… Admin pun dah dapat green light dari pemilik untuk berkongsi dengan peminat semua, tunggu ya.

Sape-sape yang masih memiliki koleksi komik ini secara fizikal, memang rare sangat. khazanah berharga, penuh dengan memori di zaman sekolah dahulu.

Share this guys‼️